Coach Amar Mahmood
Sukses.Kekayaan.Kemakmuran
 Current page : Utama      Sains Minda/Kuasa Minda
Sains Minda : Mengenali Rahsia Kehebatan  Manusia

Wow..!! cuba anda bayangkan bagaiman anda mula menjadi “nahkoda” atau “pemandu” kepada kehidupan anda sendiri ?
TENTU anda boleh memandu ke kiri atau ke kanan atau ke mana sahaja LOKASI yang ingin anda tuju dalam kehidupan anda. Yang penting anda YANG MENENTUKANNYA!
 
BAGAIMANAKAH CARANYA??? 
 
 
 
 
 
Inilah RAHSIANYA!!!!! 

Tahukah anda yang Allah Swt telah memberikan  satu kuasa yang PERCUMA kepada anda???

Ramai orang tahu, otak yang dimiliki oleh semua manusia mempunyai satu misteri yang sangat terbatas untuk diterokai oleh manusia sendiri. TETAPI, ramai dari kita tahu yang manusia mempunyai satu kekuatan atau kehebatan yang tidak digunakan. Malangnya, kekuatan yang dimaksudkan digunakan lebih kepada kekuatan fizikal seperti kemampuan mengangkat satu objek yang besar, mampu melompat satu halangan yang biasanya tidak mampu mereka lakukan , mampu memecahkan atau mematahkan pelbagai objek keras dan sebagainya.
 
Tetapi... tahukah anda yang sebenarnya anda mempunyai kemampuan bukan fizikal tetapi kekuatan ‘magis’ yang mampu di capai dengan kemampuan dari fikiran atau kekuatan mental manusia itu sendiri?

‘Inner Power’ atau "kuasa dalaman" sebenarnya sangat hebat, mudah dan senang dipelajari. 
 
Behrend pernah mengatakan:-
 
  “Kita semua mempunyai banyak kuasa dan banyak kebolehan dari yang kita sedari, dan visualisasi adalah satu dari kuasa hebat tersebut.”

 
 
Mempelajari sains minda atau teknik-tekniknya seperti Kuasa Minda, Kawalan Minda, Hipnosis dan sebagainya adalah ibarat anda sedang belajar memandu kenderaan di dalam kehidupan anda. Sains Minda adalah satu sains yang mengkaji dan memahami kehebatan yang ada pada otak dan pemikiran manusia. Sains ini sebenarnya telah wujud ribuan tahun dahulu dan sangat sukar dipelajari disebabkan kurang individu yang menguasai pengetahuan ini di samping kursus-kursus yang ditawarkan sangat mahal.

Ramai orang yang telah berjaya dan mencapai apa yang mereka inginkan telah memberi kredit yang besar ke atas kemampuan mereka mengoptimakan penguasa mereka ke atas minda atau pemikiran mereka. Anda tak percaya..? Cuba dapatkan buku “Rahsia Minda Jutawan” yang ada memberi banyak testimoni untuk membuktikan kehebatan yang ada di dalam diri manusia.

Dalam kehidupan seharian, manusia dikatakan hanya menggunakan dengan berkesan sekitar 8% ke 10% sahaja kekuatan yang ada pada minda manusia. Yang lainnya bagaimana ye…?
 
Mempelajari dan memahami kehebatan sains minda akan membantu anda mencapai kejayaan, kekayaan dan kemakmuran dalam kehidupan anda setiap hari. Malahan pelbagai lagi aspek kehidupan anda akan berubah  apabila anda menggunakan kehebatan ini.

  Dalam bidang apakah sains ini boleh gunakan oleh mereka-mereka yang sudah berjaya memahami sains ini??
 
 
 
1)    Perniagaan
2)    Pendidikan
3)    Kekeluargaan
4)    Perkerjaaan
5)    Sukan
6)    Ekonomi
7)    Perhubungan
8)    Kesihatan
9)    Pembangunan/Perubahan Diri
10)    Dan pelbagai lagi aspek kehidupan anda

Cuba anda bayangkan, apa yang anda perolehi bila anda mula menguasai sains kekuatan minda ini?
 
1)    Potensi diri anda berkembang seperti apa yang anda mimpikan
2)    Mencapai kejayaan dalam perniagaan atau bisnes yang anda ceburi
3)    Mencapai kenaikan dalam kerjaya anda
4)    Dapat "menarik" apa sahaja yang anda “cita-cita” kan.
5)    Menukar kesusahan dan kegagalan dengan lebih mudah
6)    Membantu pembangunan dan kejayaan anak-anak anda, keluarga anda, rakan-rakan anda dan sebagainya.
7)    Mengetahui kenapa anda sentiasa menempuh kegagalan demi kegagalan dalam kehidupan
8)    Dan macam-macam lagi.

Kenapa Anda Perlu Mempelajari Minda dan Kekuatannya?

"Memasuki bidang ‘personal development’ selepas bekerja selama 10 tahun menyebabkan saya berjumpa ramai orang yang sentiasa ingin membebaskan diri dari pelbagai masalah kehidupan. Kesempitan wang, kegagalan perniagaan, masalah kebahagian, kesihatan yang mendukacitakan dan pelbagai lagi masalah yang biasa saya temui.  Jika anda berjumpa dengan rakan anda, pasti anda akan bertemu dengan pelbagai masalah ini. Saya, anda dan keluarga malahan rakan-rakan anda juga ingin keluar dari satu "kotak" yang telah membelenggu kehidupan kita.

Mempelajari minda dan kekuatan minda sebenarnya adalah asas kepada kejayaan banyak pekara yang anda boleh gunakan. Mempelajarinya akan membuatkan anda fahami apakah yang berlaku di dalam diri anda. Jika anda ingin tahu, dalam bidang ‘personal development atau ‘membangunkan diri’, minda adalah ‘alat’ yang paling berkesan untuk digunakan dalam membuat perubahan dalam diri individu. Jika anda ingin membuat perubahan kepada diri anda atau anda ingin mencapai kejayaan dengan membanggakan diri anda, dengan mempelajari sains minda anda telah menggunakan ‘alat’ yang tepat dan paling berkesan untuk membuat perubahan.
Sebagai seorang yang telah terlibat dalam bidang psikologi dan motivasi, saya kerap berjumpa dan bertemu dengan rakan-rakan, ahli keluarga yang sangat terdesak untuk mencari kejayaan baik dalam kewangan atau kerjaya.
 
Mereka mencari jalan untuk keluar dari kesempitan kehidupan atau kegagalan mencapai apa yang mereka inginkan. Dan sebagai seorang yang percaya tentang kekuatan diri kita sendiri, saya dapati ramai dari kita semakin lupa tentang kehebatan yang ada di dalm diri kita dan kemampuan yang ada di dalam ini mampu untuk menukar dan menjadikan kita seorang yang sentiasa berjaya dalam bidang yang kita ceburi.
 
Cuba anda bayangkan perubahan besar yang mampu anda lakukan kepada kehidupan anda jika anda menggunakan kekuatan atau "power" ini.

 
 
AMAR MAHMOOD
Mind Power Coach
Penulis "Rahsia Minda Jutawan" & "Tarik Kekayaan dengan KUASA MINDA"

Kekuatan atau kuasa minda adalah ilmu pengetahuan yang BERMANFAAT untuk anda pelajari. Ia adalah pengetahuan berkenaan diri anda sendiri, kekuatan peribadi anda dan pengetahuan tentang bagaimana anda boleh mencipta masa depan anda atau merealisasikan apa yang boleh anda fikirkan di dalam pemikiran anda sendiri.

Persoalannya bagaimana anda boleh membangkitkan kekuatan ini dan mengembangkannya kemampuaan yang dimilikinya  sehingga anda boleh menggunakan untuk kepentingan anda sendiri.

Jika beribu-ribu individu telah berjaya di dalam kehidupan anda dengan MEMAHAMI dan MENGENALI “gergasi” yang ada pada diri mereka. Anda bila lagi???



img_08