AMAR MAHMOOD
Mind Power Coach
RESQ56 Coach
Dilahirkan pada 27hb Disember 1973 di Melaka. Memegang kelulusan dari Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM) dalam Jurusan Ekonomi (industrial).
Seorang Jurulatih (Coach) Sains Minda dan seorang "Energy Therapist". Memegang falsafah kejayaan, kekayaan dan kemakmuran bermula dari dalam diri manusia sendiri. Beliau percaya minda, emosi dan kerohanian manusia adalah magnet terbaik untuk menarik apa sahaja yang diingini. Seperti penyakit fizikal yang lain; kegagalan, kemiskinan dan kekecewaan dalam kehidupan boleh dipulihkan dan diatasi dengan pendekatan sains minda dan terapi bio energi.
Sebelum membuat “loncatan” ke dalam bidang “personal growth”, beliau mempunyai pengalaman selama hampir 10 tahun di dalam dunia korporat. Sebaik menamatkan pengajian tinggi di Universiti, beliau telah bekerja di sebuah syarikat kewangan bertaraf antarabangsa. Dari jawatan sebagai Trainee Officer, beliau telah berjaya menjadi salah seorang “Top Management” syarikat tersebut iaitu merupakan hanya 2-3 kaum melayu sahaja yang berada di kelompok tersebut. Dan jawatan terakhir yang dipegang beliau sebelum meletakan jawatan di bidang korporat itu adalah sebagai “Branch Manager”.
Berpeluang mendalami bidang pengurusan korporat dari marketing, credit management, credit judgement, administration, customer service dan sales operation selama 10 tahun di syarikat tersebut.
Pernah dipilih sebagai “Excellent Staff” dan memimpin branch beliau mendapat anugerah “Best Branch of the Year” dan dihantar ke Jepun sebagai hadiah pencapaian beliau.
Walaupun mendapat banyak bantahan dari keluarga terdekat dan rakan-rakan, beliau hanya mempunyai satu tujuaan iaitu menggunakan potensi diri untuk mencapai kebebasan diri dari bidang kewangan, masa dan mempraktiskan kemahiran kreativiti intelektual beliau sendiri di samping berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang beliau minati iaitu “personal growth” dengan menggunakan pendekatan sains minda dan psikologi energi ( termasuk inner healing) sebagai alat mencapai perubahan diri.
Sehingga hari ini, beliau telah berjaya membangunkan 2 buah bisnes konversional dalam bidang F&B dan “franchise” yang sedang berkembang dengan pesat di Melaka.
Memegang prinsip “Robert Koyasaki” dalam bisnes, beliau masih dalam membina "JENAMA" beliau dalam bidang training dan sedang menulis modul beberapa program kuasa minda dan psikologi energi terapi untuk mencapai kejayaan dan kekayaan.
Penulisan, Personal Growth & Training:
"Rahsia Minda Jutawan" (Feb 2007) ditulis hanya selepas beliau berhenti bekerja dan selepas 6 bulan diterbitkan di pasaran, buku ini telah dicetak semula oleh pihak penerbitan iaitu PTS Publication S/B. Buku kedua beliau iaitu "Tarik Kekayaan dengan KUASA MINDA" juga sedang mendapat sambutan yang HANGAT semenjak mula di terbitkan mulai bulan April lepas (2008).
Sebagai seorang pengamal sains minda dan psikologi energi, beliau mempercayai bahawa mempunyai mindset yang betul dan emosi yang positif serta tingkat spiritual yang kuat akan mampu menarik apa sahaja pekara yang diingini dalam kehidupan dengan lebih mudah.
Selain menulis secara aktif di blog, beliau juga merupakan jurulatih iaitu termasuk seorang speaker dan penceramah pelbagai program dan workshop yang berkaitan sains minda dan juga bidang "personal growth" dalam kehidupan seseorang individu setiap hari. Sehingga hari ini, workshop kerjasama beliau dengan Guru Bio-Energi Mir Hazil Azran Ramli iaitu workshop KUASA AURA-MAGNET KEKAYAAN (KA-MK) telah mendapat sambutan yang sangat hangat dari mereka yang ingin mencapai kejayaan dan kekayaan dalam kehidupan.
Founder untuk blog www.amarmahmood.com ini juga ada menulis di web/blog magnetkekayaan.amarmahmood.com, www.resq56.com dan Forum RESQ56 untuk membentuk awareness dalam bidang yang beliau ceburi ini di Malaysia.
- Sains Minda (NLP, Mind Power & Mind Control)
- Psikologi Sukses
- Psikologi Kekayaan & Kemakmuran
- Psikologi Energi
- Terapi Energi
- Certified NLP Practitioner
- Certified EFT practitioner
- Silva Mind Control Practitioner
- Mind Science Practitioner
- Reiki Master (Usui & Kundalini)
- Grand Master in Prana Sakti Dhayana
- Napolean Hill Associates Member (Malaysia)