Buku ini untuk mereka yang ingin membebaskan diri daripada masalah dan kesempitan wang, kesukaran mendapatkan wang dan sentiasa mengalami kegagalan dalam usaha mendapatkan kekayaan dalam kehidupan.
Sebenarnya, ramai orang yang tidak begitu yakin menjadi kaya. Saya dapati; terdapat pelbagai bengkel yang menyediakan ataupun dijalankan bagi mengajar asas-asas perniagaan, pengurusan kewangan, aspek perakaunan, dan pelbagai lagi pelajaran yang diajar bagi menjadi pemimpin ataupun ketua yang baik. Bagaimanapun, tidak terdapat modul yang memberi penumpuan pada persediaan ataupun penjanaan minda supaya peserta mempunyai minda bagi berjaya, dan fokus dalam mengejar matlamat perniagaan mereka.
Masyarakat Malaysia terutamanya kaum Melayu masih terkebelakang dalam memahami ataupun menggunakan kekuatan minda bagi berjaya ataupun mencapai kekayaan. Program motivasi dan konsep-konsep psikologi yang dianjurkan masih banyak berbentuk membakar semangat perjuangan supaya berjaya (ibarat ubat perangsang) tetapi kurang adaptasi ataupun disiplin yang perlu diamalkan bagi membentuk minda yang betul dalam memulakan langkah-langkah bagi berjaya. Oleh itu, buku ini bukan hanya memotivasikan ataupun merangsang minda anda supaya menjadi kaya, tetapi ia membuka minda anda.
Saya ingin berkongsi pengetahuan ini dengan tujuan ingin mengubah minda @ mindset mereka yang sentiasa kecewa dengan apa yang dihadapi, gagal dalam usaha mencapai matlamat dan miskin dengan pengetahuan menjadi lebih berjaya dan berani menjadi orang kaya. Bagi mereka yang berjaya, buku ini menjadikan anda lebih yakin dalam mencapai matlamat yang lebihtinggi.
Rahsia Minda Jutawan mendedahkan apa yang ada dalam minda para jutawan dan mengajar anda bagaimana anda juga boleh mempunyai minda tersebut dan menjadi pemikir kejayaan diri anda sendiri. Buku ini membolehkan anda menentukan arah dan tujuan hidup anda, menjadikan anda pemenang dan yang penting menjadikan anda pemandu kepada perjalanan hidup anda sendiri.
Pembuka Minda
Bahagian I: Anda adalah Apa yang Anda Fikirkan
1 Diri Anda Mencerminkan Minda Anda
2 Minda Anda
3 Semuanya daripada Fikiran
4 Bagaimana Minda Menentukan Nasib Anda
Bahagian II: Rahsia dalam Minda Jutawan
5 Anda Ingin Menjadi Jutawan?
6 Rahsia Pertama: Kesedaran pada Kekayaan
7 Rahsia Kedua: Blueprint yang Betul Berkenaan Kekayaan
8 Rahsia Ketiga: Matlamat Kewangan yang Jelas
9 Rahsia Keempat: Menggunakan Kekuatan Minda Separa Sedar
10 Rahsia Kelima: Keyakinan dan Kepercayaan Diri yang Hebat
Bahagian III: Kuasa Minda
11 Kuasa Minda
12 Kekuatan Minda Manusia
13 Kuasa Minda Separa Sedar
14 Teknik Memperkasakan Minda
15 Visualisasi dan Imaginasi
Bahagian IV: Bagaimana Hendak Meniru Minda Jutawan
16 Manusia Peniru yang Hebat
17 Langkah Pertama: Membentuk Kesedaran Minda pada Kekayaan
18 Langkah Kedua: Mempunyai Matlamat yang Betul
Bahagian V: Jalan Menuju Kekayaan
19 12 Sebab Kenapa Anda Tidak Kaya
20 Lima Kunci Menarik Wang kepada Anda
21 Memilih Jalan Kekayaan
22 Lakukan Perkara yang Anda Inginkan!
23 Modal Menjadi Halangan?
24 Kuasa Memberi
25 Mulakan! (Perkara yang Ramai Orang Gagal Lakukan)
Ringkasan untuk Anda
Bibliografi
Indeks